Sebenarnya: Serbuan Rumah Najib Semasa Ramadhan oleh TMB Kelantan Putar Belit Media
TMB Kelantan dan PAS mangsa terkini Spin Melampau Wartawan Malaysiakini melalui TAJUK BERITA yang kita ketahui sering kali disalah ertikan sekaligus memberi Imej buruk kepada PAS.
----------------------------------
Analisa Ayat ayat Laporan Malaysiakini
==========================
Tajuk Berita yang ditulis oleh Malaysiakini adalah 'Serbuan Rumah Najib Semasa Ramadan Tak Sesuai, kata PAS'
Tajuk asal jelas berbeza dengan isi kandungan (Rujuk Gambar Berita dibahagian bawah). Disini PAS sering kali menjadi mangsa kepada pembaca yang hanya membaca tajuk utama.
Seterusnya, Kita masuk dalam sikit untuk analisa ayat demi ayat yang mana jika dilihat pada perenggan ini, ia berkait dgn ulasan dan tafsiran wartawan itu sendiri seperti dibawah:
(Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyelar serbuan yang mengambil masa lama di kediaman bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang DIKATAKAN tidak sesuai dilakukan pada bulan Ramadan)
Perkataan DIKATAKAN adalah ulasan wartawan, bukan perkatakan asal statement beliau. Ini seni wartawan guna untuk mengolah ayat bagi menyedapkan lagi berita yang hendak disampaikan.
Perkataan yang jelas keluar daripada mulut Nik Amar adalah dengan ada tanda pembuka kata dan penutup kata ( "....." ) seperti dibawah:
"Bukan PAS menentang tindakan polis membuat siasatan ke atas mana-mana penyelewengan, tetapi mereka perlu mempertimbangkan MASA pemeriksaan itu dibuat.
(Ulasan Saya: MASA pemeriksaan dibuat BUKAN mesti dirujuk kepada BULAN RAMADAN, namun merujuk kepada WAKTU/MASA serbuan itu dilakukan yg tidak sesuai dan kebetulan Umat Islam sedang Menyambut bulan Ramadhan yg masanya terlalu singkat krn dipenuhi dgn beribadah iaitu Solat Terawih hingga lewat Malam dan Waktu Sahur pada Subuhnya. Bahkan ramai lagi pemimpin2 lain turut sama mengeluarkan Statement @ Nada yang lebih kurang sama sebagai contoh Nurul Izzah "Pemimpin PH bantah Serbu Rumah Najib Awal Pagi" bukan kah ianya pekara yang sama bukan?)
“Walaupun polis ingin mendapatkan maklumat, mereka perlu melakukan dengan cara berhemah," katanya yang dipetik oleh portal Berita Harian Online selepas menyampaikan kuliah PAS di Medan Ilmu, di Kota Bharu, hari ini. (Statement ini turut sama dengan Nurul Izzah "Meminta Polis melakukan Siasatan dengan Mengutamakan Prinsip Keadilan dan secara Berhikmah"Persoalanya Kenapa bila mana PAS mempersoalkan Pekara yg sama Ramai yg Tidak berpuas hati sedangkan dalam masa yg sama ada pihak lain turut sama mengeluarkan Makna yang sama dgn apa yg diperkatakan oleh TMB Kelantan? Cumanya Tajuk Media masa ini telah disalah erti ramai pihak.
Analisa Perbandingan Laporan Asal daripada Berita Harian
=======================================
Apa yang membezakan laporan BH dan Malaysiakini adalah daripada sudut Tajuk berita yang diletakkan iaitu:
BH: 'Masa tak sesuai '
Malaysiakini: 'Serbuan rumah Najib semasa Ramadan tak sesuai, kata PAS'
Saya membaca satu persatu dan meneliti ayat demi ayat . Secara umum daripada maksud berita masih sama. Cuma disini jelas bahawa tajuk Malaysiakini jelas bukan menggambarkan maksud sebenar beritanya. Tajuk Malaysiakini jelas double spin. Ini kerana saya melihat berita asal adalah daripada Berita Harian .
Komen saya pada laporan Berita Harian adalah pada perenggan awal laporan yang juga ada unsur manipulasi maksud yang mempunyai makna berlapis (double meaning) .
Quote BH
'Pemeriksaan yang mengambil masa lama di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tidak sesuai dilakukan pada bulan Ramadan yang mulia ini, kata Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.'
Ulasan saya : Kenapa tidak ada tak tanda "....". Apa maksud ayat ni quote BH ini apabila tiada tanda pembuka kata dan penutup kata. Saya kira ini bermaksud, perkataan itu adalah olahan wartawan BH sendiri.
Jika mahu pastikan mana satu perkataan Nik Amar sendiri adalah pada perenggan ayat seterusnya yang ada tanda "..." (pembuka kata dan penutup kata)
Ayatnya seperti berikut: "Bukan PAS menentang tindakan polis membuat siasatan ke atas mana-mana penyelewengan, tetapi mereka perlu mempertimbangkan MASA pemeriksaan itu dibuat"
"Walaupun polis ingin mendapatkan maklumat, mereka perlu melakukan dengan cara berhemah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah PAS di Medan Ilmu, di sini, hari ini.
Kesimpulan
=========
Wartawan BH telah melakukan satu kali cubaan ayat 'makna berlapis' (double meaning ) kerana hanya berani buat ulasan sendiri untuk dikaitkan dengan Ramadan. Mereka tiada bukti bahawa perkataan 'ramadan' itu keluar daripada TMB Kelantan. Perkataan Ramadan jelas adalah terbit melalui ulasan wartawan BH sendiri.
Wartawan Malaysiakini adalah syaiton terlepas di bulan Ramadan yang terus memutarkan belit tajuk utama yang jelas tidak benar berkaitan kenyataan asal Nik Amar dengan tajuk berikut ;
'Serbuan rumah Najib semasa Ramadan tak sesuai, kata PAS'
Jelas penipuan laporan Malaysiakini bersifat jahat menambah perkataan yang tak patut.
Bab spin statement orang ni Malaysiakini memang juara. Saya memang teliti sikit tengok cara di olah-olah ayat. Moga Bermanfaat , Sebarkan pembohongan Malaysiakini ini kawan-kawan.
Setia Pada Kebenaran yang Sebenar !
Klik SHARE !
Pengutuk Keras 'Wartawan Kaki Berak Tinggal'
Bayan Baru , Pulau Pinang
Link MalaysiaKini dan Berita Harian
TAJUK SPIN MALAYSIAKINI (Namun Isinya TETAP sama dengan BH namun BH berlainan TAJUK kenapa?)
TAJUK SPIN MALAYSIAKINI (Namun Isinya TETAP sama dengan BH namun BH berlainan TAJUK kenapa?)
Tajuk BH yang berlainan dengan MalaysiaKini Namun Isinya TETAP Sama...
Seterus lagi Quote Nurul Izzah .. Bukan kah memberi makna yang sama seperti mana TMB ucapkan?


Post a Comment