Header Ads

Hannah Yeoh Memang Impikan Jawatan Speaker Dewan Rakyat

HANNAH YEOH MEMANG IMPIKAN JAWATAN SPEAKER DEWAN RAKYAT?


Meneliti komen-komen penyokong Hannah Yeoh di laman Facebook beliau selepas beliau diumumkan sebagai calon DAP bagi kerusi P117 Segambut dalam PRU 14, ternyata begitu ramai sekali yang mengharapkan agar beliau dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat.

Lebih menghangatkan spekulasi adalah kenyataan Hannah Yeoh yang membayangkan beliau memang mengimpikan jawatan Speaker Dewan Rakyat bagi membolehkan reformasi yang kononnya beliau lakukan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor berterusan.

Terbaru adalah tindakan Hannah Yeoh mengongsi tulisan bekas Pegawai Penyelidikan Undang-Undang Dewan Undangan Negeri Selangor, Khairil Khalid, yang memperkatakan mengenai kehebatan prestasi beliau selaku Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor.

Kata Khairil Khalid, jika Hannah Yeoh boleh membuat transformasi ke atas Dewan Undangan Negeri Selangor bagi menjadikannya seperti yang ada sekarang bayangkan apa yang beliau boleh lakukan jika beliau diberi peluang menjadi Speaker Dewan Rakyat.

Lazimnya seseorang individu tidak akan mengongsi tulisan mana-mana individu lain di dalam Facebook jika beliau tidak bersetuju dengan kandungan yang terdapat di dalam tulisan individu tersebut, melainkan jika ketidaksetujuan ini dinyatakan secara jelas oleh beliau.

Oleh itu, tidaklah salah jika ada pembaca yang menyimpulkan bahawa tindakan Hannah Yeoh mengongsi tulisan Khairil Khalid yang mengharapkan beliau akan diberi peluang menjadi Speaker Dewan Rakyat ini mencerminkan harapan beliau sendiri ke atasnya.

Dengan kuasa sangat besar yang dipunyai oleh Speaker Dewan Rakyat, termasuk di dalam menerima atau menolak sesuatu usul atau soalan yang dikemukakan, boleh dibayangkan apa yang akan berlaku jika Hannah Yeoh benar-benar menjadi Speaker Dewan Rakyat.

Boleh dibayangkan juga selepas ini, sepertimana beliau berdakyah (preach) di atas nama Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor di gereja-gereja termasuk di Kingdomcity Perth pada 13 Mac 2016, Hannah Yeoh berdakyah (preach) di atas nama Speaker Dewan Rakyat.

Dan akan lebih benarlah tulisan Hannah Yeoh di dalam buku beliau bahawa, walau tidak menjadi paderi, Tuhan membuka ruang lebih luas kepada beliau untuk berdakyah (preach) di gereja-gereja, kepada pemimpin-pemimpin dunia dan kepada orang-orang muda melalui jawatan politik beliau.

Sumber: Kamarul Yusoff 

No comments