Amanat TGHA Penilaian dlm Konteks Dakwah & Politik
AMANAT TGHA, SATU PENILAIAN DALAM KONTEKS DAKWAH DAN POLITIK.
Seperti yang ana janjikan sebelum ini akan sharekan pandangan dan hujjah Dr Azahar Yaakob dari UTM mengenai Amanat TGHA yang dipetik dari Wacana Ilmiah - Amanat Hj Hadi- Satu Penilaian Dalam Konteks Dakwah dan Politik bersama dua lagi panelis Dr Khairuddin at Takiri dan Dr Maza.Dalam mengulas isu Amanat TGHA Dr Azahar mengajak untuk kita sama-sama merujuk senario yang berlaku di negara-negara umat islam Mesir dan Turki. Dua buah negara umat islam ini turut menjadi mangsa tekanan dan terperangkap dalam kitaran ganas ideologi sekularisme yang melanda negara umat Islam kesan kejatuhan Khilafah.
Sebagai fakta kepada isu yang dibincangkan Dr Azahar merungkai kembali sejarah Mesir di mana lahirnya seorang 'alim. Sheikh Ali Abdul Razk yang mengarang sebuah kitab...الإسلام وأصول الحكم
Apabila dikaji kitab tersebut beliau secara terang-terangn menolak sistem Khilafah dan dengan tegas menyatakan bagaimana sistem Khilafah yang wujud tidak lain dan tidak bukan hanya eksploitasi politik semata-mata dan (kedua) beliau merestui mana-mana umat Islam yang mahu menolak sistem Khilafah.
Pandangan beliau disanggah oleh gerakan Islam terutamanya Ikhwan Muslimun. As-Sheikh Abdul Qadir Audah dalam kitabnya الإسلام وأوضاعنا السياسيه memberikan penjelasan terhadap kenyataan Sheikh Ali Abd Razk dengan mengatakan bahawa pandangan tersebut adalah bercanggah dengan Islam. Pandangan tersebut adalah meniti kepada jalan murtad daripada Islam kerana menolak sebahagian daripada kehidupan bersiyasah yang diasas kepada Islam itu sendiri.
Ini adalah pandangan ulama yang menyatakn batas-batas iman dan kufur yang hanya tidak berlaku kepada kes terpencil yang ada pada Amanat TGHA. Tapi gelombang yang berlaku di seluruh dunia umat Islam. Apabila kitaran ganas sekularisme ini telah merosakkan sebahagian besar daripada maruah umat Islam.
Begitu juga dengan Turki. Bagaimana Mustafa Kamal Atarturk telah berjaya memusnahkan sistem Khilafah Islamiyah Uthmaniyah dan menukarkannya dengan sekularisme tahun 1924. As-Sheikh Mustafa Sobri Mufti terakhir kerajaan Islam Uthmaniyah yang melihat dengan mata kepalanya sendiri akan perpindahan kerajaan Islam, pemerintahan Islam daripada hukum Islam kepada kerajaan sekular yang dipelopori oleh Mustafa Kamal Atarturk. Bagaimana beliau melihat pincangnya ummah, pemikiran ummah yang semakin rosak, beliau tidak menunggu lama, beliau dengan memfatwakan satu fatwa yang sangat tegas dan fatwa beliau dirakamkn dalam kitab beliau berjudul Mauqiful 'Aqli Wal Ilmi Wal Ilmu Rabbil 'alamin موقف العقل والعلم والعالِم من رب العالمين. Rujuk pada juzuk yang ke-4 beliau menyebut mana-mana dikalangn umat Islam yang redha dengan fahaman sekular, fasluddin anissiyasah فصل الدين عن السياسة yang disebut juga dalam Amanat Hj Hadi agama suku politik suku, mana-mana umat Islam yang menganut fahaman sekularisme yang redha dengan sekularime, demi sesungguhnya inilah jalan pintas untuk seseorang itu murtad daripada Islam. Li anna fasladdini anissiyasah فصل الدين عن السياسة
bimakna annahu la yataqayyad ahkamiddin biahkamissiyasah (memisahkan agama dari politik) kerana apabila seseorang itu menganut fahaman sekularism agama suku politik suku, agama yang hanya terluang lingkup di dalam ibadah fundamental ritual semata-mata Solat Puasa Zakat Haji. Inilah jalan kekufuran yang ditegaskan oleh TGHA dalam Amanatnya. Adapun nak diluaskan Islam sebagai way of life nak diadaptasikan Islam dalam konteks ekonomi politik sosial pendidikan dan hubungan antara bangsa...
Tidak mungkin!
Inilah tutur kata bahasa yang diucapkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO khasnya diawal 80an dan akhir 70an (di bawah artikel ana sertakan beberapa ucapan pemimpin UMNO yang dimaksudkan Dr Azahar)
Apabila hal ini berlaku bermakna kita telah memandulkan sebahagian besar hukum dan syariat Allah Azza Wajalla. Dan inilah realiti yang ada yang disebut dalam Amanat Hj Hadi. Ini sebuah mata rantai yang tidak lain dan tidak bukan untuk menyelamatkan aqidah umat Islam. Kerana itu Dr Azahar menyatakan bersetuju dengan apa yang disebut Dr Khairuddin at Takiri bahawa Amanat Tn Guru Hj Abdul Hadi ini tidak hanya sesuai valid disebut untuk dekad 80an 90an zaman sekarang bahkan ia akan terus berterusan. Justeru tidak timbul soal untuk minta Amanat tersebut ditarik balik. Tidak timbul soal mengkafirkan akan Amanat ini pada individu Umno dan Barisan Nasional.
Tapi bagaimana dan kenapa setelah itu timbulnya isu kafir mengkafirkan. Solat dua imam. Enggan berimamkan imam Umno, Tidak makan sembelihan Umno?
Kata Dr Azahar..Landasan telah saya bina di awal ucapan saya tadi, selama-lamanya kita tidak akan faham ayat فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ kalau kita tidak mengambil environment persekitaran ayat tersebut. Apakah munasabat apakah ayat yang mendasari waimma ayat sebelum dan selepasnya. Tanpa dinafikan menjadi satu fenomena perbincangan dan kita boleh rujuk sejumlah ungkapan-ungkapan yang telah dibukukan.."Laksana hukum Islam, huru hara. Laksanakan hukum Islam hudud, nanti sungai penuh dengan tangan yang dipotong"....
Bukan saja diucap oleh orang awam. Tetapi diucap oleh imam di surau dan masjid. Apakah seorang makmum itu merasa selesa untuk solat "Sahaja aku solat zohor 4 rakaat makmum lillahitaala"...Siapa imamnya, imam yang baru sebentar tadi menyatakan hukum Islam tidak sesuai, yang baru sekejap tadi menyebut hukum hudud adalah lapuk. Jiwa mana yang rasa selesa dan murtaah مرتاح rasa lapang dengan situasi seperti itu?... Lantas mereka ini mengambil sikap untuk tidak bersama dengan imam tersebut. Susur galur ini harus diperincikan. Kalau lah Dr Khairuddin at Takiri dan prof Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Maza) bersetuju bahawa fatwa ini tidak harus hadir secara round dan spontan kecuali ia datang bersama dengan environment, dia datang bersama liku-liku yang mendasari isu tersebut, tapi apakan daya sebagaimana yang dijelaskan, YB DS Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang tidak diberi peluang sehingga hari ini. Sangat janggal dan pelik sedangkan dalam soal mentahkimkan sesuatu...
إن كنت ناقلاً فالصحة، أو مدعياً فالدليل...
Ayuh tampilkan orang tersebut siapa dia yang disebut Tn Guru Hj Abd Hadi Awang tuan empunya Amanat, beliau bukan orang asing, tinggal di bumi bukan di planet Marikh. Tinggal di Terengganu Rusila. Semua orang kenal dia kenal latar belakang dia bahkan beliau membuka ruang, Kalau salah akan Amanat saya ayuh sebut di mana salahnya dan kalau betul kenapa tidak mahu ikut.
Kemuncak kejayaan bagi seseorang ini apabila minta dibuka ruang untuk menjelaskan kekeliruan seperti permintaan TGHA untuk bersiaran secara langsung selama satu jam bagi menjelaskan maksud Amanat yang dikeluarkan. Kafa waqtafa bihazal qadr kata Dr Tapi malang sekali, isu agama sebesar besar ini dipolitikkan, dimanipulasikan. Kita harus ingat bagaimana agenda di sebalik Amanat ini adalah untuk istiqlal fursah استقلال فرصه mengambil kesempatan bagi mendapatkan mileage politik.
Saya tidak nampak dari pihak establishment dari pihak yang berkuasa pihak kerajaan ingin menyelesaikan polemik Amanat ini secara jujur dan ikhlas. Allahumma illa kecuali untuk mendapatkan political mileage tapi mereka lupa Nabi SAW menyebut:
الفتنة نائمة لعن الله من أيقظه
Fitnah ini sedang tidur. Allah Azza Wajalla melaknat sesiapa yang mengejutkan akan fitnah ini.
Saya yakin isu ini digoncang dan dihidupkan semula tidak lain dan tidak bukan kecuali untuk mendapatkan political mileage tetapi mereka lupa Allah melaknat orang-orang yang menghidupkn fitnah. Yang jelas tuan-tuan dan puan-puan kita hanya boleh menipu separuh manusia dalam separuh masa kita tidak mampu menipu semua manusia dalam semua masa.
-Dr Azahar Yaakob (UTM)
Dr Maza juga bersetuju dengan pandangan Dr Azahar mengenai fatwa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa mengenai Amanat TGHA malah Dr Maza menyifatkan keputusan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1984 yang mengharamkan Amanat tersebut adalah tindakan yang tidak adil dan menyalahi kaedah mengeluarkan fatwa di mana sepatutnya orang yang mengeluarkan Amanat dipanggil duduk semeja berbincang sebelum fatwa dikeluarkan.
Di bawah ini ana sertakan sebahagian ucapan pemimpin UMNO yang dinyatakan Dr Azahar di atas.
"Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1983, dalam temubualnya dengan para wartawan.
“Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Julai 1992, dalam temubualnya dengan media massa.
"Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan." - Sulaiman Daud, 20 Ogos 1993, dalam temubualnya dengan media massa.
“Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas.
Artikel di atas adalah sebahagian ucapan balas Dr Azahar Yaakob mengulas isu Amanat TGHA.
Semoga bermanfaat.
Fastabiqulkhairat
Wardah Umairah.
Post a Comment